Sembang Kedai Kopi pasal Temperature & Engine Performance
- powerzonemotorspor
- May 30, 2020
- 2 min read

Dyno hp tinggi bukan tentu boleh menang dlm race track terutama track mencabar seperti SIC.. Banyak faktor penyumbang pada kekalahan... Salah satu drnya ialah 'suhu'..
Pokcik pernah bagi tips ni pada beberapa team supaya gunakan temperature yg betol utk dptkan full potential dari enjin...
Tak perlu pakai minyak engine yg mahal yg mana code tebal / tinggi² utk penjagaan enjin, ianya buang duit , penyebab enjin berat pada 2 lap pertama dan bikin rugi petrol shj.

Caranya :
1st sekali must pacak intake manifold air temp sensor utk dptkan data suhu udara yg masuk ke dalam enjin...Turunkan air temp engine bay mengunakan ventilation bonnet & fender, custom intake airbox dan buat CAI.. Sekiranya masih panas pasang fan dlm engine bay yg berfungsi seakan² exhaust fan lalu di halakan haba panas keluar dr engine bay... selesai berjaya turunkan air temp try dyno semula pasti akan dpt more hp..

Step ke-2
Beli & pasang Oil cooler adaptor yg build in thermostat.. adaptor oil cooler jenis ini membolehkan minyak engine by pass masuk semula ke injin tanpa melalui radiator oil cooler...ini adalah mengelakan minyak enjin terlalu sejuk.. Dgn cara ini bolehlah pakai radiator oil cooler yg besar kerana ianya amat bermanfaat utk menurunkan temp pada suhu yg ideal secara mendadak tanpa perlu risau minyak injin akan menjadi terlalu sejuk...

Step ke-3
High speed fan perlu di gunakan bersama² dgn thermostat & BMW coolant.. Tak perlulah pakai radiator yg terlalu besar kerana coolant BMW sudah sgt sejuk.. Std radiator biasanya sudah memadai.
Pokcik tak suka radiator besar2 sbb berat akan bertambah (byk air)... silap2 1 baldi air..
High speed radiator fan adalah utk mempercepatkan tempoh masa capai suhu yg ideal..
Pada tuner yg paham akan kelebihan setup ini mereka ada option utk ubah spec engine blueprint supaya piston ring dan bearing tahan lebih lama.....
SELAMAT MENCUBA!!!
Comments